TIPS MENGUATKN INGATAN

 

 

Pernah tak, pada waktu pagi tu kita dah plan baik-baik jadual anak kita untuk satu hari itu, kita pun beritahu dekat anak apa yang patut dia lakukan hari ini. Misalnya, waktu cuti sekolah seorang anak itu perlu siapkan semua kerja seperti siapkan kerja sekolah, basuh kasut sekolah, gosok baju sekolah dan sebagainya setelah selesai semuanya barulah dia boleh bermain game ataupun menonton televisyen.

Setelah beberapa jam, kita pun nampak anak kita sudah mula menonton televisyen, kita check satu per satu tugasan yang telah kita berikan tetapi….ada satu perkara yang membuatkan kita pelik iaitu kita terjumpa kerja sekolah yang belum siap, dan kasut sekolah yang belum berbasuh!

So, kita pun bertanya kepada anak kita “Kenapa tak siapkan kerja sekolah tapi dah tengok tv” (bertanya dengan nada lembut)

Anak pon menjawab “terlupalah mama”

Terlupa???….Kenapa seorang anak boleh terlupa tentang perkara yang sedikit itu sedangkan dia masih muda..

Seorang ibu pasti risau akan perkara ini jadi, bagaimana kita perlu membantu anak ini? Sebagai seorang ibu kita pasti akan risau dan disini saya akan ingin kongsikan 4 tips hebat untuk tidak mudah lupa iaitu:

[ S.T.P.M]

1# Senaman. Elak kecut otak. -Biarkan anak-anak bermain diluar rumah untuk mengeluarkan peluh.
2# Tidur sebentar. Sekitar 10 ke 20 minit sebelum zohor. -Biarkan anak berehat jika penat.
3# Permainan latih otak. Contoh sudoku.-Terapkan minat terhadap nombor kepada anak-anak.
4# Makanan yg sihat. -Makan makanan sunnah seperti madu, coklat hitam dan delima.

##Akhir sekali, Saidina Ali Krm. pernah berkata dalam sebuah a’sar,

‘barangsiapa yg minum madu bersama campuran za’faran ingatannya dikagumi seolah-olah dia mengamal ilmu sihir’.

 

^ selamat beramal^

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH