TIPS LATIH ANAK ELAK RASA MENGANTUK

Tip Hilangkan Anak Rasa Mengatuk

Tidur yg tidak mencukupi adalah sebab utama anak-anak sering mengantuk ketika sedang belajar. Ada setengah anak-anak tidur lewat malam sehingga pukul 1 atau 2 pagi walaupun mereka tahu esok adalah hari persekolahan atau kelas.
Tidur lewat mungkin kerana terlalu khusyuk mengulang kaji atau membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

Jangan amalkan tabiat suka tidur lewat!
Jika ini menjadi amalan, maka sebenarnya anak anda tidak mempunyai matlamat hidup yang tetap. Pelajar yang mempunyai matlamat tidak akan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Bagi anak-anak yang suka mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, ubahlah tabiat itu. Ingat, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang ‘study smart’ bukannya ‘study hard’.

Jadikan anak-anak tidur sebagai satu prioriti dan tetapkan jadual tidur mereka. Purata waktu tidur yang sangat sesuai sebagai pelajar ialah 1 hari 8 jam. Latih anak untuk tutup laptop, jangan buka apps, matikan segala gajet jika waktu tersebut adalah waktu tidur mereka. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, tutup lampu ketika tidur. Mengikut kajian di Pakar Otak Malaysia (Dr. Rizal Abu Bakar). Jika seseorang tidur dalam cahaya, otak orang yang tidur akan memberi isyarat bahawa hari masih siang dan otak tidak dapat tidur secara sempurna seperti waktu malam.

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH