TIP LATIH ANAK RAJIN BELAJAR

Rajin Belajar

Rajin Belajar

Ada orang bertanya kepada saya, bagaimana cara yang betul seorang ibu itu mendidik anak-anaknya supaya selalu rajin dan termotivasi untuk study (Tip ini boleh melatih anak-anak untuk diamalkan dalam kehidupan seharian).

Dulu, saya juga jenis tak rajin nak belajar. Apatah lagi apabila susah untuk memahami satu-satu subjek itu. Cikgu mengajar dalam kelas pun mengantuk dan malas untuk mengulang kaji pelajaran. Namun, terpaksa jugalah belajar supaya dapat pass exam.

Kemudian, saya terfikir macam mana rakan-rakan saya yang selalu cemerlang dalam study ya?. Bila saya korek rahsia dan perhatikan tingkah laku mereka, saya dapat melihat….

” Curiousity that always make me want to read and learn more!”

Curious!

Perasaan ingin tahu. Perasaan nak belajar semua perkara then, boleh tahu semua perkara.

Oleh itu, bagaimana pula seorang ibu yang  ingin menerapkan sifat curiousity dalam diri anak-anak?

Melatih diri anak-anak untuk sentiasa bertanyakan soalan.

Sebagai seorang ibu kita pasti akan mengalami saat-saat dimana anak-anak akan bertanya.

Ini kerana anak-anak akan selalu bertanya dengan apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Apabila seorang anak bertanyakan sesuatu kepada ibunya ” Bagaimana hujan boleh terjadi? Kenapa ya bumi ini Allah ciptakan bulat? Kenapa bumi ada graviti. Kenapa manusia perlu ada paru-paru? Bagaimana manusia boleh dapat barah? dan seterusnya. Oleh itu berikan jawapan yang jelas kepada anak-anak, jika tidak pasti mengkajilah bersama anak-anak supaya setiap persoalan ada jawapannya.

Jika belajar sejarah atau geografi pula, cuba lihat gambar dan video yang menarik. Ini sekali gus meransang minda anak-anak untuk terus rajin mengkaji dan belajar kerana perasaan ingin tahu itu mula timbul dengan sendirinya.

Bagi subjek matematik pula, cuba hadirkan perasaan ingin tahu setiap diri anak-anak. Contohnya: AJAK dan AJAR anak supaya try and error dimana apabila anak-anak salah dalam memberi jawapan ajar mereka supaya tidak putus asa dalam mencari jawapan yang benar dan tepat.

“Kepuasan belajar itu mengasyikkan!”

Apabila belajar, kita akan tahu banyak perkara berbanding orang lain. Begitu juga dengan diri anak-anak,  cuba terapkan perasaan ingin tahu kepada mereka kerana saya pasti semua orang akan berpuas hati terhadap diri sendiri apabila dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Dari situ kepuasan itu dapat dilihat dalam diri anak-anak kerana mereka mula belajar tanpa ada rasa putus asa.

Malah, anak-anak akan sentiasa berfikiran positif  dan minat untuk belajar akan timbul walaupun sesuatu perkara itu susah untuk diselesaikan. Berikan kata-kata semangat buat mereka dan puji anak-anak apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu masalah itu walaupun kecil. Then, dari situlah kepuasan belajar itu akan terbentuk dalam diri anak-anak kita.

So, dua perkara yang harus ada untuk anak-anak kita sentiasa rasa rajin dan termotivasi adalah:

1) Curiousity ( rasa ingin tahu)
2) Kepuasan dalam belajar.

Semoga Allah kurniakan keikhlasan dalam kita belajar ilmu-ilmuNya, samada ilmu dunia atau akhirat, serta menjadi manusia yang lebih baik untuk ummah ini InsyaAllah!

Kongsikan jika bermanfaat!

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH