TIP HEBAT KEJUT ANAK BANGUN PAGI

Untuk pengetahuan ibi-ibu. Disini kami kongsikan 2 perkara. Pertama “YES” dan “NO” dalam membantu anak-anak bangun awal pagi setiap hari dengan bersemangat.

Part “YES”
1. Awalkn tidur anak-anak.

American Academy of Sleep Medicine mengesyorkan supaya rutin tidur yang cukup dimulakan untuk bayi berumur 4 bulan hingga 12 bulan, iaitu  tidur 12 hingga 16 jam sehari. Kemudian, kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun tidur secukupnya selama 11 hingga 14 jam. Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pula memerlukan 10 hingga 13 jam sehari.Menginjak umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak mestilah tidur selama 9 hingga 12 jam sehari. Di peringkat remaja, mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun memerlukan tidur selama 8 jam hingga 10 jam.

2. Nyenyakan tidur anak-anak.  Sebagai ibu, ibu mestilah memberi makan anak-anak 4 jam sebelum tidur. Ini kerana makanan mengambil masa selama 4 jam untuk diproses. Menurut Dr Rizal Abu Bakar (Pakar Otak dan Tidur Malaysia) beliau menyatakan jika makanan belum habis diproses dan manusia tidur, makanan tersebut akan menjadi toksik dan membahayakan kesihatan. Impaknya manusia akan bagun daripaada tidur dan merasa letih. Selein itu untuk mendapat tidur yang berkualiti hindari kopi atau asap/merokok sebelum tidur.

3. Kejutkan anak bangun tidur dengan lembut. Jika ibu-ibu kejutkan anak dengan kasar, kesanya anak yang bagun tidur tersebut akan terganggu emosi dan menyebabkan ganguan emosi akan terbentuk pada anak sepanjang hari.

4. Biasakn anak dengan ‘alarm’. Manusia sering lupa. Maka untuk mengurangkan kegagalan bangun tidur pada awal waktu. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak menggunakan jam loceng.

Part “NO” . Elakkan anak-anak untuk lakukan aktiviti dibawah.

1. Guna alat elektronik seblom tidur. Aktiviti ini akan memberi kesan negatif kerana anak-anak akan kurang fokus untuk tidur dan menyebabkan anak-anak lambat tidur pada hari tersebut.

2. Makan berlebihan sebelum tidur.

3. Kejut dgn kasar@makian.

Selamat beramal.

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH