6 Cara Mendidik Anak Yang Kekal Fokus & Pintar Di Sekolah

 

Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman sendiri. Itu dari turun-temurun. Mungkin betul, mungkin salah.

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama.

Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science  pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia. Dengan bahagia didalam otak akan merembiskan hormon bahagia yg meningkatkan kebaikan dalam otak.

 

2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif.

Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.

 

3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain.

Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.

 

4. Biarkan anak berdikari.

Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.

 

5. Elakkan bergaduh di hadapan anak.

Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.

 

6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan.

‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.

 

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH