4 KELEBIHAN AL QURAN TERHADAP ANAK-ANAK

“Orang terbaik di amtara kalian adalah orang yg mempelajari al quran dan mengajarknnya”

[ HR al Bukhary dari Uthman b Affan R.A ]

AlQuran sangat hebat dalam mendidik jiwa anak-anak dari segi mental dan spiritual. Terdapat beberapa kelebihan yang melimpah-limpah dari Al-Quran.

1# Cergas dan Cerdas. Jika diteliti…sejarah telah menunjukkn bahawa kesmua tokoh ilmuan islam yang menyumbang kepada kajuan ketamadunan islam telah menghafaz Al-Quran sejak kecil.

#Ibn Sina hafaz Al-Quran dari umur 5 tahun dan beliau digelar bapa kedoktoran dunia.

#Ibn Khaldun meenghafaz Al-Quran pada umur 7 tahun. Pakar sosiologi dan tokoh pemikir dunia, popular dengan karyanya ‘muqaddimah’.

2# Mudah mendengar kata. Seorang yang beramal dengan Al-Quran mampu untuk taat dan patuh pada ibubapa mereka kerana diberikan Allah dengan mukjizat Al-Quran kelembutan hati nurani.

Kisah: Umar r.a yang memusuhi islam dahulu telah jatuh cinta kepada islam apabila mendengarkan bacaan ayat-ayat tuhan itu sedangkan umar dahulunya dikenali dengan manusia yang berjiwa batu malah lebih keras dari itu. Bak kata pepatah batu yang keras boleh lekuk jua dengan kelembutan air yg menitik iaitu Al-Quran.

3# Fokus. Al-Quran membantu anak memjadi lebih fokus melalui kaedah hafalan berterusan setiap ayat Al-Quran mampu menajamkan fikiran dan bukan itu sahaja ia memerlukan paduan konsentrasi yang tinggi pada diri mereka.

Jadi apa lagi ajarknlah atau bawalah anak ibu-ibu belajar dan mendalami Al-Quran sesungguhnya ia bukan sekadar kitab tetapi kalam-kalam suci dan gemersik cinta dari tuhan sekalian alam.

Mafhum hadith:
“Kerjakanlah olehmu amalan ketaatan lepada Allah, takutlah daripada melakukan maksiat, suruhlah anak-anak kamu melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yg dilarang. Sungguh itu adalah pendinding bagi mereka(anak-anak kamu) dari dirimu daripada api neraka.”

1# Tanggungjawab. Solat mendidik anak menjadi insan bertanggungjawab kerna solat dibebankn atas suatu tugas amanah dan tanggungjawab dri tuhan yg esa….

2# Kebersihan. Solat juga bukanlah sekadar perlakuan ibadat semata2…bahkn…mensyarat dan mementingkn aspek kebersihan dan kesucian lahir dan batin ketika ingin mengerjaknnya…jika diteliti nilai yg diterapkn ini…solat itu sebenarnya mampu membina masyaralat yg bertamadun dan berintegriti bersih hati dan jasadnya.😀😀😀:+1::+1:

3# Terhindar dari kemungkaran. Jika dilihat masa ini golongan muda hampir 60% meninggalkan solat perkara ini mungkin kerana mereka telah meninggalkan apa yang diperintah oleh agama terutamanya solat.

Ada difirmankan dalm kitab suci Al-Quran bahawa siapa yang menjaga solat mereka dengan khusyu’ maka mereka tergolong dikalangan orang yang berjaya dunia maupun diakhirat.

Oleh itu ibubapa ambil berat terhadapt solah anak-anak.

Anak-anak kita tanggungjawab kita. Bukan sahaja kita mahu mereka bahagia dan suka dengan harta benda dunia yang kita beri. Tetapi kita mahu dia cinta dan suka juga kepada akhirat yang bakal dia kembali selamanya hasil didikan kita.

Moga rahmat bersama-sama kita.

 

*Huruf Dalam Al Quran*

Sejak 1,200 tahun silam, ketika dunia belum mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, IMAM SYAFI’I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURĀN secara detail dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur’an disusun sesuai dengan banyaknya:

o ا Alif : 48,740 huruf,
o ل Lam : 33,922 huruf,
o م Mim : 28,922 huruf,
o ح Ha ’ : 26,925 huruf,
o ي Ya’ : 25,717 huruf,
o و Waw : 25,506 huruf,
o ن Nun : 17,000 huruf,
o لا Lam alif : 14,707 huruf,
o ب Ba ’ : 11,420 huruf,
o ث Tsa’ : 10,480 huruf,
o ف Fa’ : 9,813 huruf,
o ع ‘Ain : 9,470 huruf,
o ق Qaf : 8,099 huruf,
o ك Kaf : 8,022 huruf,
o د Dal : 5,998 huruf,
o س Sin : 5,799 huruf,
o ذ Dzal : 4,934 huruf,
o ه Ha : 4,138 huruf,
o ج Jim : 3,322 huruf,
o ص Shad : 2,780 huruf,
o ر Ra ’ : 2,206 huruf,
o ش Syin : 2,115 huruf,
o ض Dhadl : 1,822 huruf,
o ز Zai : 1,680 huruf,
o خ Kha ’ : 1,503 huruf,
o ت Ta’ : 1,404 huruf,
o غ Ghain : 1,229 huruf,
o ط Tha’ : 1,204 huruf dan terakhir
o ظ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

Jika 1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan.

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca Al-Quran dan memahami maknanya ✍

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

NAK 10 TIPS PERCUMA TINGKATKAN PRESTASI OTAK ANAK SECARA TRADISIONAL

SALAM CERIA KAK.

ISI MAKLUMAT AKAK UNTUK MENDAPATKAN TIPS PERCUMA DARI KAMI.

 

TERIMA KASIH